Friday 30 December 2011

2012 :)


2011 mengajar aku erti yang tak akan aku dapat, jadikan kenangan dan pengajaran , don't look back :)
semoga 2012 yang akan dtg menjengah membawa sinar yang bererti buat ku .

truly suhaila supa'at

Thursday 29 December 2011

suka suka !

Thanks to TENGKU SHAHRIR ROHAIZAD and also ANWAR HADI yg telah snap gamba aku pakai DDDSSSSLLLRR korang korang yang mahal tuuuuuuuu. . aku jakun sikit oke ! haha .

nah ni hasil nye !!!!


                                                                  from ANWAR HADI . 



from TENGKU SHAHRIR ROHAIZAD








aku jatuh cinta dengan hasil tangan mereka . korang mmg ada bakat . good job kawan!
teruskan usaha !


truly suhaila supa'at

Monday 19 December 2011

Luahan Hati

Ya ALLAH kau kurniakan lah aku seorang LELAKI yang bisa menjadi sahabat , kekasih dan juga mungkin suami buatku,
LELAKI yang bisa mengimamkan solatku ,
LELAKI yang bisa memimpin ku jika aku salah ,
LELAKI yang bisa menerima setiap kelemahan dan kekurangan diriku ,
Beri lah kebahagiaan CINTA itu buat aku dan si ADAM ,

Amin .

Tuesday 13 December 2011

HARAPAN

Ingatan aku tak pernah lupakan kau ,
selalu terbayang dikau ,
apa lah badi aku ,
selalu terkena dan tidak serik . .

Monday 5 December 2011

Ombak Rindu lirik .

Im fall in love with this lyrics :')

Tuhan tolong lembutkan hati dia,
untuk terima ku seadanya,
kerna ku tak sanggup,
kerna ku tak mampu,
hidup tanpa dia disisiku,

TUHAN aku tahu banyak dosaku,
hanya ingat kamu kala dukaku,
namun hanya kamu yang mampu membuka
pintu hatinya tuk cintaku,

Malam kau bawalah rinduku,
untuk dirinya yang jauh dariku,
agar dia tidak kesepian
selalu rasa ada cinta agung,

Hujan bawa air mataku,
yang mengalir membasuh lukaku,
agar dia tahu ku terseksa tanpa cinta dia
di hatiku.........

Hanya mampu berserah,
moga cahaya tiba nanti . . . .

Kau pergi jua . . . .

Assalammualaikum kawan2!



mood aku tengah sedih , oke jgn tegur ! sat lg makan penampor . .sobs sobs :'(
straight to the point laa , entry kali ni tangkap leleh sikit , maaf andai ada diantara korang yang meluat , aku ingin melepas kan apa yang terpendam dan terbuku di hati ni agar aku puas dan tidak meratapi mcm org mati laki  .. perkenalan yang singkat selama 4bulan 16hari telah membuat kan aku tersenyum kembali dgn kehadiran dia. even pada mula nye takut dgn perkenalan ini , takut hubungan ini buat kan aku fall in love dan takut hubungan ini buat aku kecewaaa lg! 

Haaa kan aku dah ckp ! aku dah syg dia even baru bbrapa bulan kenal , cara dia layan aku buat kan aku syg kat dia, he treat me like im her gf . but im not . haihh .dia tak pernah declare ape2 pun dgn aku. so, aku perlu bersedia dgn kmungkinan yang akan berlaku. susah kan bile cinte bertepuk sebelah tangan . syg punye pasal aku tetap tunggu . 

seminggu lebih tidak berhubung disebabkan masalah dia .aku tunggu setiap hari , tibe2 satu malam dikejutkan dengan mesej dan call dia. sumpah hati berbunga riang , senyum sampai ke telinga . tapi kegembiraan hanya sementara , he tell me sorry because he was fall in love with other girl. oke cukup buat aku tersentap seketika , tak sangka benda ni nak jadi. aku di uji lagi , YA ALLAH hamba mu ini lemah , aku cuba untuk kuat kan semangat, ntah dimana silapnya aku sebelum ini. mungkin dia bukan untuk aku , tapi aku kesal sgt2 , keputusan dibuat tanpa aku diberitahu , adil ke begitu ? aku terseksa selama ni menagih cinta si lelaki yang tak pasti , bodoh ke aku berharap dan terus berharap ? aku menangis sepuas yang mahu , sesungguhnya air mata yang mengalir itu akan mengurangkan tekanan yang ada .Alhamdullillah .

Aku tidak akan  membenci dia sebab dia pernah hadir dalam hidup aku membawa keceriaan dan mengisi kekosongan walau untuk seketika , dia banyak mengajar aku erti persahabatan dan percintaan . biarlah kenangan aku dan dia terus berlalu , berhenti la engkau mengalir wahai air mata ku syg . aku tak mampu mengubah nya. 
"Aku lepaskan kau pergi , cinta kau bukan untuk aku mungkin , terima kasih utk segalanya . 
aku ikhlas :)"

"YA ALLAH kau kuatkan semangat hamba-MU ini untuk dugaan yang diberi , perjalananku di bumi ini masih jauh. aku terima andai dia bukan untuk aku , tetapi jika dia sudah tertulis untuk aku ,KAU temukan la kami semula , cantumkan lah kembali hubungan kami , AMIN YA RABBAL ALAMIN "



Biarlah senyumanku ini menutup
 kekecewaan dihati,
siapa tahu :')







# aamacam boleh buat novel tak cerita aku ni ? woaaa!

di saat jariku menaip laju kisah ini, tidak ada lg air mataku
 yg gugur, Alhamdullilah ALLAH bersama aku . DIA 
memberi kekuatan, buat kawan2 terima kasih kerana
meminjamkan telinga untuk aku.. InsyaALLAH kekuatan
ini akan terus kekal . AMIN .


Friday 25 November 2011

Lelaki vs Wanita


Info mengenai lelaki dan wanita 

1. Tahap bau wanita adalah 75% lebih tinggi daripada lelaki.
2. Tahap homoseksual wanita adalah lebih tinggi berbanding dengan lelaki pada usia 45 tahun.
3. Mata lelaki adalah kebanyakkannya lebih besar daripada wanita.
4. Bibir wanita lebih besar dan leper berbanding lelaki.
5. Hidung lelaki lebih besar dari wanita.
6. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sikit daripada lelaki.
7. Berat purata otak lelaki lebih 1.4kg berbanding wanita.
8. Wanita lebih berani dari lelaki. (rasa tercabar tak lelaki sekalian? hehe)
9. Keupayaan meramas tangan lelaki 2 kali lebih tinggi dari wanita.
10. Lebih kurang 48% lelaki tido berdengkur berbanding wanita hanya 22%.
11. 95% penghuni dipenjara adalah lelaki !!
12. Wanita 2 kali ganda lebih banyak hidup sendirian berbanding lelaki pada usia 65 tahun.
13. Sperma lelaki boleh menentukan jantina bayi.
14. Tulang punggung wanita lebih besar dan lebar berbanding lelaki. (sebab tu nampak baaaekkkkkkkk kan   kan)
15. Lemak diperut lelaki lebih banyak dari perempuan. (tp kenapa lelaki xde babat ! perempuan ? jgn ckp laa.haha)

dah nampak perbezaan nye ? 

thanks for reading :D


Saturday 12 November 2011

RAHSIA WAJAH CANTIK BERSERI..

ASSALAMUALAIKUM KAWAN !

Hari ni aku nak share dengan korang mostly for you girlsssss . please alert :)
sebenarnye sangat mudah untuk kite dapatkan wajah yg berseri dgn cara yg tak mengeluarkan wang ringgit langsung,membazir kan kan dok cucuk tang pipi la, haihhh hangus duit beribu riban tu,syggg huii.
teruskan membaca tips dibawah ini ..........


Tipsnya Senang Sahaja.. 
Tak Perlu Beli Pencuci Muka Yang Mahal-mahal...

* Bangun awal pagi utk solat subuh. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menegangkan kulit.

* Menunaikan solat zohor di tengah hari. Air wudhuk yang mengenai muka boleh mencerahkan mata.

* Tidak melalaikan solat Asar di waktu petang. Air wudhuk yang mengenai muka boleh membersihkan kekotoran asap & habuk siang.

* Tidak berlengah utk solat maghrib. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung & mulut.

* Sentiasa ingat solat Isya di waktu malam. Air wudhuk yang mengenai muka boleh menceriakan wajah dari kemungkaran.

Memang Banyak Rahsia Dan Kebaikan Jika Kita Selalu Mengikuti Apa Yang Disuruh Allah S.W.T... Tapi.. Sayang.. Masih Ramai Belum Sedarinya..




 *weeeee :D


*copy paste*




seikhlas sehati Suhaila Supa'at

Exam !!!

Assalamualaikum kawan!




huiiiiiiiiiiiiiiiii . terasa bahangnye nak exam isnin ni . takut kecut mecut dah rase tau tau .haii. pray for me yeahh kawan2 ! aku berazam nak dapat pointer yg tinggi dr sem lepas, insyaALLAH kalau diizinkan aku nak dapatkan anugerah jabatan tu . weeeeee . amin !

Monday 7 November 2011

Kawan bergelak tawaaaaaaa :D

Assalammualikum !

heyyy kawan2 ! lately ni aku kerap menulis entri , dun know why laa ,kalau before this aku malas tahap gaban nak berceloteh kan kan . ahhh biarlahh belogg aku bukan belogg org lain.hehe

Entri kali ni kite nak cerita pasal kawan bergelak tawaaa kite ! kawan yg boleh buat aku gilaaaaakkkkkk dan berdekak manjang bila lepak bersama ..


aku , paan and black .
*weii see aku lagi putih oke. hahaha

Mereka kawan aku, sgt sporting dan MENYAKITKAN HATI tp kadang2 je laaa.. suke buat lawak yg boleh buat aku dan kawan2 yg lain nak terkeluar isi perut ! demm !.mulut dorg boleh tahan okee , tp mereka sgt cool . sgt kasar tau budak 2 org ni , geramm ! aku ni perempuan wehh kau kasar ngn aku mmg kaki ku dibibir mu la jawabnyee ,ngeee :P


we will become a CHEF !


Inil punn kawan2 kitee ! 


paan n black ! aku suke berkawan dgn korg , korg besttttt . tengok popular tau korg kat beloogg aku ni .untung tak untunglah kan ade kawan mcm aku ni. huuuiiiiiii . black terima kasih kerana pernah berkongsi cerita dgn aku sebelum ni , even kdg2 tu cerita kau kdg2 logik kdg2 tak. aku tetap layannnn.haha .nanti aku carikan awek utk kau tau tau .hehehe
paan ! the cupcake boy! berjiwaa seni skit dy ni. pandai buat cake , tu aku jeles oke ,weii kau lain kali ckp tu jgn suke main2 kan org , geram tauu takkkkkkkkkkk! tp nasib aku jenis xkesah . untungkan dpt kawan mcm aku.haha

okee thats all , malas nak ckp pasal budak dua ni . haha.
babaiiii ^_^


seikhlas sehati by suhaila supa'at




Sunday 6 November 2011

Chocolate cake :)

Assalammualaikum !

Hai kawan2 ! SELAMAT BERHARI RAYA KORBAN ! tahun ni aku tak dapat makan daging korban pun, eeeeee tak best! tapi kan aku dapat makan lemang , woooaa aku peminat lemang okee pulaa tu makan dengan serunding ibu . fulaaweeyy . tak toleh kiri kanan aku makan.
ngeeee :)
oke lupakan pasal lemang!

now nak cakap pasal Chocolate Cake by handmake oke , buat bersama along, simple recipe aje . aku minat buat cake , sssanggattt suka! nahhhh ni hasil nyeeeeee .....



sedapppp :)


by me: suhailasupa'at :)

Friday 4 November 2011

perasaan datang kembali .

assalammualaikum .

Ya Allah kau telah ketemukan aku dengan dia . saat pintu hati berjanji tak akan menerima sesiapa , tetapi sekali lagi perasaan itu menjengah, harap dia yang terakhir walau tiada ungkapan janji yg terungkap .....



*bahagiakan lah aku dengan si dia .amin.

by: suhaila


Saturday 29 October 2011

Kerana AKU WANITA . . .


~Ke̲r̲a̲n̲a̲ Ak̲u̲ Wa̲n̲i̲T̲a̲~ 

kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita 
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita 
aku damba pertolongan darimu Adam
peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu
kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku
saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu buruk pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami



*Hakikat seorang WANITA . AKU salah seorangnya .

Thursday 27 October 2011

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA







Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..



p/s : JAGALAH KESIHATAN DIRI ANDA :)

Wednesday 19 October 2011

my gedik - gedik :)

Assalammualaikum blogger :)


hai ! hai ! awak2 semua . now aku nak start BERKARYA . hee :)
kawan - kawan gedikku aku nak bercerita pasal korang ni. BANGGA TAK? BANGGA TAK? ceitt ! pirahh..mengikut turutan umur dari muda ke tua, firstly yang paling muda adalah SALEHA BT ZAINAL ABIDIN . ngeee *muda ke kaw kak? haha


She's my akak,my housemate,my roomate,my gedik2 .! SALEHA BT ZAINAL ABIDIN ..dah kenal almost 10 months since masuk belajar kat polijb..sangat la tegas, ada masenye kegaranggannye akan keluar, bile-bile mase je dy boleh bertukar kejap2 jadi budak umur 5 tahun kejap2 akan kembali ke umur 21 tahun.haiyaaa fening layan. tapi dy best sporting morting !
*akak kite minta maaf kalau ade wat salah, errr mmg ade pon rasenye .hehe tp dah minta maaf kan kan.tak sengaja :(  jgn marah2 tau.heee..
kak even kaw ade masalah kaw tak kan citer kat kitorg kan,kaw tetap nampak hapy n masih mampu lagi tersenyum, aku mungkin tak sekuat kaw kak.hopefully kaw bahagia dgn pilihan hati kaw.aku and budak2 ni sentiasa support and doakan kebahagiaan kaw..tak nak tengok kaw sedih2 dah oke :)
*to abg p......... ! please take care of  akak tau. if something happen kat akak siap laaa .
I jebiuuuuu akak :D




she's KHADIJAH BT SULAIMAN ..my housemate, my roomate and also my classmate :)
pendiam , lemah lembut , pemalas tu kdg2 laaa..hehee. bangun tido nak kene gegar baru bangun, kalau aku tak kejot kaw bangun tido agaknyer sampai ke petang la kaw tak bangun kan ija? then kesian kaw asyik kne dengar aku bebel je kan.haha ..padan muka. 
*message for u ija : please do not be so lemah lembut dan baik hati sgt . nanti orang akan gunakan kesempatan tu untuk perbodohkan kite.





The next one is SITI NORMAZIAH BT MAZLAN .she's so funny oke . tapi kadang2 tu menyakitkan hati juga.orgnye sgt kasar dan garang tapi bile dtg lembut dia aku rase mcm nak hempuk dgn lesung batu jee..gaggagaga , dia sempoi and cool. selalu bajet yang dia ni areeetttiiiisssssssssss . geli mak jahh hoi! suka menyanyi itulah dia orangnye, memekak dengar suara dia jep. tp xpe,nasib baik suara kaw sedap memekak la kaw smpai nak terkeluar anak tekak pun aku rela.haha . sekeras-keras dia ni kan ade juga lembutnye, 1 kelemahan dia adalah tak boleh tengok orang lain menangis nanti dia pun akan turut mengalirkan air mata . boooooooooooo kat kaw maz !haha

*message for u maz: we will be as a friends until forever and ever . remember this ! i will not compare all my friends that i have.. 
i jebiuuuu <3



The last one is RAJA JAMALIYANA BT RAJA JAAFAR (bukan kerabat diraja oke) haha. tak nak puji dia nanti babat kat pinggang dia terkeluar . hahaha . oke sory leya, im joke :D
i like ur style leya, cool sangat .dia ni tinggi lampai alahai bajet badan ala2 model la tp aku tak puas hati dia selalu merendah-rendahkan ketinggian aku yang tidak seberapa ni.cettttt! yenadeyyy . sekali aku shoot kaw terus pendek tau! haha. .budak gedik ni boleh tahan la manja dia , hahaha kaw manja? geli aku !! weeknd kalau tak dapat balik rumah je habes la muncung dia aku boleh buat hanger baju! huhh. 

*message for u gemok: even kaw ada masalah kaw akan diam je . aku tahu tu. . jgn terlalu menyimpan di hati sgt nanti membawa ke lara. remember it :)
forever n ever will be friends . i jebiiuuuuu <3

haiyaa.. dah penat aku typing ni ! my gedik- gedik syg korang oke. nahh peluk cium untuk korang mmmmmmmmuuahhhhhh <3<3


Thanks to ALLAH give me 
a friends like they all.
gelak tawa ,susah senang
 insyaALLAH bersama :)

Thanks guys for reading .






Thursday 1 September 2011

Berhari Raya :))

ASSALAMMUALAIKUM

SALAM AIDILFITRI :)

Hai bloggers semua ! apa kabar ? wahh tak sangka dah 3 syawal hari ni. pejam celik nanti tibe2 kite dah tibe di penghujung syawal, sungguh cepat masa berlalu tanpa kite sedar kan .Raya tahun ni aku puas sebab dapat beraya kat kg tercinta , terletak di Parit Sg Kajang, Batu Pahat Johor. oke malas nak berceloteh , start utk upload gamba2 raya pada syawal pertama dan syawal kedua :)


mane lagi tinggi ?aku ke akak aku ? heee



Tahun ni tema colour adalah BIRU <3



Layan budak2 ni bergambar .hehe



Bersama Tn Hj Sabali dan Pn Hjh Fatimah 


Next, raya kedua nye ktorg beraya kat Rengit , Parit Raja , Muar and then back to Kg Parit Sg Kajang, Batu Pahat Johor. Naik pitam dibuat nye sebab beraya tak hengat dunia , dari pagi smpai ke malam ktorg beraya. Aku dapat duit raya jugak tau,heeee :)



Makan burasak, jawa style :)



ehemm. ade tokoh mcm ibu penyayang tak ? hehe


wahh ! ibu makan dengan penuh selera.haiyaa


Kat muar time ni . Keluarga besar . ni pun ade yang tade. wahh acik landing baik punye!

thats all .thanks for reading :D