Thursday 25 April 2013

Pilihan ke Degree ?

Assalamualaikum :)

Aku keliru dalam pemilihan untuk sambung ke degree, hujung tahun ni insyaALLAH dgn izin-NYA aku akan tamatkan pelajaran aku di peringkat Diploma. So, start dari sekarang ni aku dah kena buat pilihan course apa yang aku nak sambung ke degree. Daripada survey aku search kat internet ni course aku agak related dengan deg pengurusan perkhidmatan makanan, woowww aku mmg pencinta makanan okeng! tapi bila survey2 course ni hanya ada di Uitm Shah Alam, Uitm Terengganu dan UPM (rasa2 nya la, siapa2 yang ada info please share) . If let say course ni ada kat area JB or Melaka dekat la sikit dgn kampung. hihi. im Johoriannnnnnn.

Antara fakulti yang related dgn course aku adalah fakulti sains dan teknologi makanan yang ni ada kat UPM, fakulti pengurusan hotel dan pelancongan yang ni pula ada kat Uitm Pulau Pinang, Uitm Dungun, Uitm Shah Alam (kalau tak silap aku laa) antara course yang aku boleh apply dan yang agak related dgn course aku sekarang ni adalah deg culinary art, deg pengurusan perkhidmatan makanan, deg pengurusan hotel, deg pengajian makanan dan ada lagi kalau aku tak salah.

Time dip ni aku just belajar kat politeknik je, so bila nak sambung deg ni aku terasa nak sambung belaja kat UPM tu pun kalau laa dapat. Kalau nak masuk UPM ni ramai competitors hoiii. Bila dah dapat sambung belaja kat UPM tu pula kena la struggle betul2, peluang tu kena pandai guna. Buat masa sekarang ni aku masih dalam delima tak tahu nak sambung deg dalam course apa. So, kepada senior yang dah ada pengalaman aku sangat memerlukan nasihat daripada korang sebagai panduan untuk aku buat pilihan.

Si delima :(