Wednesday, 19 September 2012

L.O.V.E


Skype :)

Even you are like thousands of miles away from me but you did make me feel better and smile always ♥


Tuesday, 4 September 2012

Di negeri orang.

Assalamualaikum


Genap 2 bulan aku practical kat negeri orang ni. first week kat sini macam nak mati, mane tak nye keje macam bangla wei sedih sesangat. First week keje aku dah mc sebab nye demam, kawan2 yang dengar aku mc boleh gelakkan, sebab nye aku ni tak kuat. Jahat! But after 2 weeks feel better and enjoy working. Staff semua boleh masuk kepala. Alhamdulillah, yang paling best nye time keje curi2 makan buffet. hihi. makanan hotel tu wei! kalau 1 kepala makan dinner buffet dah RM 68++ tau. sapo yang nak belanjo den ni? tapi kalau kantoi makan dengan bos pandai2 ekau la menjawab.haha.


food testing masing2 macam piranna! haha



Enjoy working :)

Monday, 20 August 2012

Happy Eid Mubarak




Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin buat semua kawan2! Syawal kedua dan date yang pertama ehemmm. Awesome!

Tuesday, 3 July 2012

Counting Days

Hai hari Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad pelase laaaa lambat sikit. Counting the days to do my practical at Kuantan, Pahang.





My practical hotel. The Zenith Hotel.

Serammmmm pulak hoi! besar gila hotel dia. Jangan la kena buat keje macam bangla. 

Thursday, 28 June 2012

Dia Hero ! Dia Pahlawan ! Dia segalanya.

Kerana Dia aku lahir ke dunia,
Aku yang dulu nya kecil suka meminta-minta,
Itu ini semua aku nak !
Dia mencari rezeki untuk ibu, aku dan adik-beradik,
Dia cuba untuk penuhi permintaan anak2 yg makin membesar,
Satu pun tak kan dikecewakan,

Dia memang tegas dan garang,
Aku membesar kerana tegasnya,
Aku jadi manusia kerana garangnya,
Terkadang aku menjadi sensitif bila dimarah,
Hati yang cepat terasa.

24/06/2012 genap 50 tahun.
Selamat Hari Lahir AYAH,
Terima kasih membesar kan kami.
We love U :)





 Blackforest cake for Ayah, handmade by me :)




White chocolate surprise for Ayah, by along :)






Wednesday, 6 June 2012

Trip to Langkawi :)

Assalamualaikum :)


Yooo pejam celik dah sebulan lebih aku cuti sem , cuti sem kali ni agak lama dan minggu ni juga adalah cuti sekolah. wehuhhuu! eh eh cuti sekolah ! meh meh nak habaq mai , ceq pegi Langkawi. Perjalanan yang memenatkan, tapi sangat seronok ! malas nak cerita meh tengok gamba :)



Amik angin malam di Pantai Cenang :)




Mereka yang menggembirakan hati dan mereka juga yang menyakitkan hati !




Makam Mahsuri :)




Keluar dari makam mahsuri and otw ke Beras Terbakar .



Pemandangan dari atas. We in cable car !




Sumpah aku kecut perut naik cable car ni !





Jom jom borong coklat kat Haji Ismail Group :)




Burung helang yang besauuuu kat belakang tu !

Banyak lagi gambar, tapi ni je yang mampu upload. hee . nice trip holiday , next trip mybe akan join lagi. insyaALLAH :)





Tuesday, 22 May 2012

Cara untuk menjimatkan bateri laptop anda

Tips bagaimana cara untuk memanjangkan jangka hayat bateri laptop ketika menggunakannya. Kita sedia maklum bahawa standard jangka hayat bateri laptop adalah 300 kali cas secara umum. Jadi jika selepas tempoh masa tertentu anda pasti perasaan bahawa bateri laptop anda tidak sehebat ketika masa mula-mula menggunakannya.

Jika anda ingin menggunakan laptop untuk jangka masa yang panjang (contoh straight 3 – 8 jam sehari), dinasihatkan agar anda menanggalkan bateri dan hanya perlu menggunakan power kabel sahaja. Ini kerana jika kuasa bateri sudah penuh dan pada masa yang sama masih menggunakan power kabel, bateri tidak dapat menampung lebihan kuasa dan secara tidak langsung boleh menjejaskan ketahanan bateri.

Bagaimana pula jika mahu menggunakan bateri tetapi ingin memastikan bateri tahan lama sewaktu menggunakannya ?

Ok, sebenarnya kita selalu menggunakan bateri jika pergi ke suatu tempat tertentu, jadi langkah-langkah di bawah amat sesuai dipraktikkan untuk menjimatkan kuasa bateri.



1.Perlahankan volume atau mute volume jika perlu

2.Adjust screen brightness, kurangkan kecerahan screen laptop, selalunya secara auto jika anda menggunakan option “Select a power plan” kepada “Power saver“.

3.Disable bluetooth jika tidak menggunakannya.

4.Gunakan aplikasi yang tidak memerlukan jumlah RAM (Random Access Memory) yang banyak. Sebagai contoh, penggunaan notepad lebih kurang menggunakan jumlah RAM berbanding MS Word.

5.Matikan network card / switch off jika tidak menggunakan Internet/LAN.

6.Unplug USB device jika perlu. Sebagai contoh, tanggalkan pendrive jika tidak menggunakannya.

7.Shutdown atau gunakan Hibernate berbanding menggunakan Standby jika anda tidak menggunakan laptop buat seketika.

8.Buat defragment seminggu sekali bagi memastikan komputer dapat berjalan dengan lancar.

9.Jangan gunakan CD/DVD.

10.Matikan ports (switch off ports) yang tidak digunakan seperti Ethernet/USB dan sebagainya.

11.Gunakan cooling pad.

12.Elakkan dari meletak laptop dari permukaan yang menyerap haba seperti atas bantal / tilam. Ini menyebabkan laptop semakin panas.

Terdapat banyak lagi tips untuk menjimatkan jangka hayat bateri, tetapi tips di atas lebih mudah dipraktikkan. Selamat mencuba.

-#cp : Dr. PC Mohd Zuryn Mohd Daud-