Saturday, 16 February 2013

Daging panggang simple

Assalamualaikum :)

Kali ni aku dah tak update cintan cintun dah. Now nak update pasal daging panggang . Just nak share resepi daging panggang yang paling simple untuk orang yg malas mcm aku dan yang paling penting jimat oke. hahahah


Bahan-bahan:
1. Black pepper sauce ( boleh buat sendiri tapi aku malas beli yang instant je brand giant ooyeahhh! )
2. Mixed herbs (boleh dpt kat giant juga. mixed herbs ni campuran oregano, basil, tyme and herb ape tah lagi. So tak payah dah beli serbuk yang sebotol2 tu. mahal tau tak! 
3. Serbuk Cili ( kalau nak pakai paprika pun boleh, tapi aku kedekut sebab aku nak pakai barang yg dah ada kat rumah je. hehe. tak payah dah beli2)
4. White pepper.
5. Garam dan gula
6. Daging (aku suggest pakai daging batang pinang atau lamb. Ni aku pakai daging peket biasa je dan liattttt nye mak aihh boleh patah gigi palsu ayah aku. Kesian.)
Tambah laaa apa-apa lagi yang korang nak tambah ikut selera masing-masing.

Cara-cara:


Gaulkan semua bahan-bahan tadi tu. letak agak-agak je. Kalau nak lebih rasa letak la sauce black pepper tu byk sikit. Gaul rata dan kemudian wrap kan bekas daging ni, simpan dalam chiller, Untuk rasa yang lebih sedap elok la perap 1 malam tapi bagi mereka yang tak sabar perap dlm 2 jam pun ok untuk bagi herb tu sebati.





Ok siap di perap! Aku masak daging pakai kuali ajaib mak aku ni.haha. Untuk elakkan kuali atau pemanggang daripada melekat letakkan sedikit minyak jagung/olive oil atau minyak masak susun daging atas tempat pemanggang. After few minutes daging akan mengeluarkan air, jangan korang buang pula air tu sebab air tu membantu daging menjadi lembut macam juice daging gitu laa. Then air tu akan kering haaaaaa magic kan kan?  Peringatan jangan jadi jakun dok tengok je daging tu masak, tinggal kan je dengan api yang sederhana ok. lepas tu baru laa balik-balik kan daging tu. Angkat bila daging dah siap masak. 


                                       

Ok doneeeeeee ! Nak lagi sedap serve laa bersama black pepper sauce tadi tu. Simpleeee :)

Thursday, 24 January 2013

Special


Salam Jumaat :)




You make me laugh when I want to cry, make me live when i want to die, make me smile when I want to frown. You turn my life upside down, believe in me when no one else does. You are my now, my is, my was. When I'm with you time flies by fast, its like the present is the past. I need you more than you can believe, love you more than you can, think about you every day and night and hope my feelings can stay this way, i dont want it to be any other way ♥

Wednesday, 19 September 2012

L.O.V.E


Skype :)

Even you are like thousands of miles away from me but you did make me feel better and smile always ♥


Tuesday, 4 September 2012

Di negeri orang.

Assalamualaikum


Genap 2 bulan aku practical kat negeri orang ni. first week kat sini macam nak mati, mane tak nye keje macam bangla wei sedih sesangat. First week keje aku dah mc sebab nye demam, kawan2 yang dengar aku mc boleh gelakkan, sebab nye aku ni tak kuat. Jahat! But after 2 weeks feel better and enjoy working. Staff semua boleh masuk kepala. Alhamdulillah, yang paling best nye time keje curi2 makan buffet. hihi. makanan hotel tu wei! kalau 1 kepala makan dinner buffet dah RM 68++ tau. sapo yang nak belanjo den ni? tapi kalau kantoi makan dengan bos pandai2 ekau la menjawab.haha.


food testing masing2 macam piranna! haha



Enjoy working :)

Monday, 20 August 2012

Happy Eid Mubarak




Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin buat semua kawan2! Syawal kedua dan date yang pertama ehemmm. Awesome!

Tuesday, 3 July 2012

Counting Days

Hai hari Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad pelase laaaa lambat sikit. Counting the days to do my practical at Kuantan, Pahang.





My practical hotel. The Zenith Hotel.

Serammmmm pulak hoi! besar gila hotel dia. Jangan la kena buat keje macam bangla. 

Thursday, 28 June 2012

Dia Hero ! Dia Pahlawan ! Dia segalanya.

Kerana Dia aku lahir ke dunia,
Aku yang dulu nya kecil suka meminta-minta,
Itu ini semua aku nak !
Dia mencari rezeki untuk ibu, aku dan adik-beradik,
Dia cuba untuk penuhi permintaan anak2 yg makin membesar,
Satu pun tak kan dikecewakan,

Dia memang tegas dan garang,
Aku membesar kerana tegasnya,
Aku jadi manusia kerana garangnya,
Terkadang aku menjadi sensitif bila dimarah,
Hati yang cepat terasa.

24/06/2012 genap 50 tahun.
Selamat Hari Lahir AYAH,
Terima kasih membesar kan kami.
We love U :)





 Blackforest cake for Ayah, handmade by me :)




White chocolate surprise for Ayah, by along :)