Wednesday 19 September 2012

L.O.V.E


Skype :)

Even you are like thousands of miles away from me but you did make me feel better and smile always ♥


Tuesday 4 September 2012

Di negeri orang.

Assalamualaikum


Genap 2 bulan aku practical kat negeri orang ni. first week kat sini macam nak mati, mane tak nye keje macam bangla wei sedih sesangat. First week keje aku dah mc sebab nye demam, kawan2 yang dengar aku mc boleh gelakkan, sebab nye aku ni tak kuat. Jahat! But after 2 weeks feel better and enjoy working. Staff semua boleh masuk kepala. Alhamdulillah, yang paling best nye time keje curi2 makan buffet. hihi. makanan hotel tu wei! kalau 1 kepala makan dinner buffet dah RM 68++ tau. sapo yang nak belanjo den ni? tapi kalau kantoi makan dengan bos pandai2 ekau la menjawab.haha.


food testing masing2 macam piranna! haha



Enjoy working :)

Monday 20 August 2012

Happy Eid Mubarak




Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin buat semua kawan2! Syawal kedua dan date yang pertama ehemmm. Awesome!

Tuesday 3 July 2012

Counting Days

Hai hari Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad pelase laaaa lambat sikit. Counting the days to do my practical at Kuantan, Pahang.





My practical hotel. The Zenith Hotel.

Serammmmm pulak hoi! besar gila hotel dia. Jangan la kena buat keje macam bangla. 

Thursday 28 June 2012

Dia Hero ! Dia Pahlawan ! Dia segalanya.

Kerana Dia aku lahir ke dunia,
Aku yang dulu nya kecil suka meminta-minta,
Itu ini semua aku nak !
Dia mencari rezeki untuk ibu, aku dan adik-beradik,
Dia cuba untuk penuhi permintaan anak2 yg makin membesar,
Satu pun tak kan dikecewakan,

Dia memang tegas dan garang,
Aku membesar kerana tegasnya,
Aku jadi manusia kerana garangnya,
Terkadang aku menjadi sensitif bila dimarah,
Hati yang cepat terasa.

24/06/2012 genap 50 tahun.
Selamat Hari Lahir AYAH,
Terima kasih membesar kan kami.
We love U :)





 Blackforest cake for Ayah, handmade by me :)




White chocolate surprise for Ayah, by along :)






Wednesday 6 June 2012

Trip to Langkawi :)

Assalamualaikum :)


Yooo pejam celik dah sebulan lebih aku cuti sem , cuti sem kali ni agak lama dan minggu ni juga adalah cuti sekolah. wehuhhuu! eh eh cuti sekolah ! meh meh nak habaq mai , ceq pegi Langkawi. Perjalanan yang memenatkan, tapi sangat seronok ! malas nak cerita meh tengok gamba :)



Amik angin malam di Pantai Cenang :)




Mereka yang menggembirakan hati dan mereka juga yang menyakitkan hati !




Makam Mahsuri :)




Keluar dari makam mahsuri and otw ke Beras Terbakar .



Pemandangan dari atas. We in cable car !




Sumpah aku kecut perut naik cable car ni !





Jom jom borong coklat kat Haji Ismail Group :)




Burung helang yang besauuuu kat belakang tu !

Banyak lagi gambar, tapi ni je yang mampu upload. hee . nice trip holiday , next trip mybe akan join lagi. insyaALLAH :)





Tuesday 22 May 2012

Cara untuk menjimatkan bateri laptop anda

Tips bagaimana cara untuk memanjangkan jangka hayat bateri laptop ketika menggunakannya. Kita sedia maklum bahawa standard jangka hayat bateri laptop adalah 300 kali cas secara umum. Jadi jika selepas tempoh masa tertentu anda pasti perasaan bahawa bateri laptop anda tidak sehebat ketika masa mula-mula menggunakannya.

Jika anda ingin menggunakan laptop untuk jangka masa yang panjang (contoh straight 3 – 8 jam sehari), dinasihatkan agar anda menanggalkan bateri dan hanya perlu menggunakan power kabel sahaja. Ini kerana jika kuasa bateri sudah penuh dan pada masa yang sama masih menggunakan power kabel, bateri tidak dapat menampung lebihan kuasa dan secara tidak langsung boleh menjejaskan ketahanan bateri.

Bagaimana pula jika mahu menggunakan bateri tetapi ingin memastikan bateri tahan lama sewaktu menggunakannya ?

Ok, sebenarnya kita selalu menggunakan bateri jika pergi ke suatu tempat tertentu, jadi langkah-langkah di bawah amat sesuai dipraktikkan untuk menjimatkan kuasa bateri.



1.Perlahankan volume atau mute volume jika perlu

2.Adjust screen brightness, kurangkan kecerahan screen laptop, selalunya secara auto jika anda menggunakan option “Select a power plan” kepada “Power saver“.

3.Disable bluetooth jika tidak menggunakannya.

4.Gunakan aplikasi yang tidak memerlukan jumlah RAM (Random Access Memory) yang banyak. Sebagai contoh, penggunaan notepad lebih kurang menggunakan jumlah RAM berbanding MS Word.

5.Matikan network card / switch off jika tidak menggunakan Internet/LAN.

6.Unplug USB device jika perlu. Sebagai contoh, tanggalkan pendrive jika tidak menggunakannya.

7.Shutdown atau gunakan Hibernate berbanding menggunakan Standby jika anda tidak menggunakan laptop buat seketika.

8.Buat defragment seminggu sekali bagi memastikan komputer dapat berjalan dengan lancar.

9.Jangan gunakan CD/DVD.

10.Matikan ports (switch off ports) yang tidak digunakan seperti Ethernet/USB dan sebagainya.

11.Gunakan cooling pad.

12.Elakkan dari meletak laptop dari permukaan yang menyerap haba seperti atas bantal / tilam. Ini menyebabkan laptop semakin panas.

Terdapat banyak lagi tips untuk menjimatkan jangka hayat bateri, tetapi tips di atas lebih mudah dipraktikkan. Selamat mencuba.

-#cp : Dr. PC Mohd Zuryn Mohd Daud-

Monday 7 May 2012

Fakta tentang aku !

Assalamualaikum 

Haiiiiii bloger ! kali ni aku nak bagi tau 100 perkara tentang aku . oyeahh !

1. Ejaan betul nama aku NUR SYUHAILAH BINTI SUPA'AT

2. Pantang org eja nama aku salah ! *Tulis balik nama aku!

3.  Kawan2 panggil SUE, family panggil ANGAH , kawan rapat time sek panggil ASUE comel tak? haha

4. Aku suka mkn ! sebab aku PENCINTA MAKANAN YANG TEGAR !

5. Aku kuat tidur .SANGAT!

6. Suka tidur dalam kereta , mcm terbuai2 je. hee

7. Kuat ckp dengan org yg rapat je .

8. Suka sakat orang ! *kejam*

9. Suka gigit orang ! *Dracula*

10. Tak suka kotor2

11. Suka buat sepah , suka mgemas

12. Suka memasak , *meh isi borang sape yg nak jadi calon suami.wakaka

13. Sensitif kekadang

14. Suka kentut , mmg selekeh kot.

15. Tak suka over makeup

16. Sangat berminat dengan bakery, buat kek oyeahhh !

17. Suka makan kicap ! *tapi kulit aku tak gelap ok

18. Suka gigit kuku , *bg tips please nak buang habit ni

19. Sngat suka dengan baby and budak2 kecik. comel !

20. Cepat je nak marah

21. Tapi cepat cool

22. Ada masa akan kelam kabut

23. Cepat gelabah

24. Tak suka org kacau aku tgh tidur *mmg aku nak ngamok je

25. Ramai kwn lelaki *sbb dorg cool

26. Suka sgt mkn tongkeng ayam !

27. Tak berapa suka mkn ikan

28. Suka mkn ayam !

29. Kalau mkn ayam tak suka bahagian isi .

30. Suka beli baju even duit tak de

31. I'm shopaholic sometimes

32. Tak pandai menyimpan duit

33. Boros *kena cari suami yang byk duit ni.haha

34. Pendengar yang baik

35. Kadang2 aku jadi seorang yg BLURRRRRR

36. Lambat nak tangkap kalau org ckp. haha

37. Suka kan pantai , tenanggg

38. Suka makan cheese !

39. Tak suka org membebel , serabut tau tak

40. Tapi aku suka membebel kat org. haha

41. Tak suka la buat keje yg leceh2 ni.

42. Hati yg mudah tersentuh

43. Cepat kecut perut

44. Pencinta haiwan utk kucing n hamster je ok!

45. Cepat sgt suka kat org

46. Tak boleh mkn pedas , aku tak suka pedas2 !

47. I'm not tooooo ladiess, sometime too boyishhhh .hee

48. Kalau tidur mesti tutup telinga dgn bantal or something else, mmg habit .

49. Lebih byk mengalah kalau gaduh dgn adik brdik *ini betul tau

50. okey baru ada 50 ? ape lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ek , otak cepat jem !

51. Kadang2 suka buat keje asal bole. janji siap. haha

52. Aku seorang yg cuai

53. Tapi kadang2 boleh jadi seorang yg prihatin

54. Pencinta novel , jiwanggg kot

55. Barang yg mesti aku bawak kalau keluar purse , hp lantak p laa

56. Mengambil masa yg lama untuk bersiap *eh suka hati la kan nak siap lelama

57. Kadang2 boleh jadi seorang yg kurang PENDENGARAN

58. Tapi kadang2 boleh jadi seorang yg tajam pendengarannya

59. Aku tak boleh tidur dalam terang, tak syokkkkkk ouhhh

60. Jangan tegur aku kalau aku baru bangun tidur lagi2 lepas asar, *tade mood

61. Aku agak kasar kadang2

62. Tapi kadang2 boleh menjadi seorang yg manja not GEDIK oke!

63. Suka berangan

64. Friendly ok :)

65. Sangat minat main netball *even aku pendek aku boleh jadi sharpshooter ok

66. Rajin yg terlampau

67. Tapi boleh bertukar kepada malas yg terlampau. heee

68. Tak suka menunggu , bosan tau tak!

69. Aku mmg tak reti sabar , sorry .haha

70. Suka berjalan cuci2 mata jee

71. Satu benda yang menjadi masalah kat aku sekarang ni adalah PENDEK !

72. Nak tinggi :(((((((((

73. Paling menyampah dgn kawan yg batu api lagi2 perempuan !

74. Suka nye kat lelaki yang romantik . hehehe

75. Malas nak pikir perasaan orang , semak weiii

76. Suka dengan aktiviti yg lasak mcm flying fox *tapi aku gayat :(

77. Study last minute tu cara aku *jangan laa ikot

78.Tak suka tergedik2 *menyampah

79. Pendiam . kadang2 jelaa

80. Suka try sesuatu yg baru tp tak leceh .haha

81. Berminat dengan seni tarian *ape ingat aku ni tak bole menari ? pirahhh

82. Suka lari dari masalah

83. Tak suka benda yang serabut

84. Garang tau aku ni. *tapi org tak takut pun kat aku :(((

85. Cerewet gilaaaaaaa

86. Haaaa yg ni paling over , suka sukaaaa sgt amek gambaaa. haha

87. errr ape lagi ? haaa aku suka minum air susu Dutch Lady / Everyday, sedap gila!

88. Suka bersederhana aje, nampak cool kan :)

89. Suka merepek =.=

90. oke nak habes daa ni, hmm kalau ade duit mmg aku nak belanja semuaa org!

91. Paling tensennnnnnn ada jerawat kat muka !

92. Suka lepak dgn kawan2 tersayang

93. Suka tumbuk kawan lelaki aku, tapi mesti dia kata tak sakit. grrr

94. Cepat lapaaa

95. haaa lagi 1 aku sukaaa sukaaa ketawa kuatt kalau dah lawak sgt*pastuu kawan aku aku tengok aku muka pelik.haha

96. Paling sadis kalau nmpak org nak trjatuh aku mesti tergelak. kesian org tu

97. I'm a loyal person in love :)

98. Nak bgtau ni skrg gua single , oyeeahhh

99. Tapi mmber aku ckp aku PLAYGIRL ? euuuwwww

100. Akan muhasabah diri untuk jadi yg lebih baik, anak yg baik , insyaALLAH :)


Sunday 29 April 2012

Aku Budak Baru Belajar

Haiiii ! lama tak update kan kan , actually da malas nak berblog tapi kadang2 rindu nak berblog pula . Entry kali ni aku nak cerita sikit, meh meh baca, tak nak baca sudah! As you all know aku amek course hotel & katering , so ada la belaja buat2 cake , cookies n mcm2 lagi . tapi aku moree minat buat pastry mcm tu la. 27hb 4 aritu buat cake besday cake untuk adik aku yg bongsu , first time try buat pakai butter cream, time kat clas belaja buat pakai fresh cream je, nahh ni pic cake nye .....


Tang nak tulis tu lemahh alahai , kena belaja lagi .buah ceri tu tak sedap , ayah ckp mcm rase clorox. haha

lepas adik potong cake ni , ibu bagi la sikit kat jiran, then akak tu boleh pula minta buatkan cake besday untuk anak dia, 2 buku pula tu wei . aku mula2 tak berani nak amek tempahan sbb baru lagi kot. tapi ayah suruh try je. aku pun on je laaa.
haaaaa ni pic cake nyee . mcm selekeh laa. aku tak puas hati dgn hasil kerja aku .



Yang ni cake chocolate, atas tu aku tabur dgn biskut oreo yg di blend n sedikit chocolate yg dihiris .



Yang ni pula strawbery chocolate cake, plan nak letak fresh strawbery kat atas cake tu, tp tak jumpe buah strawbery tu .decoration lebih kurang sama je , sbb aku belum mahir lagi .
see tulisan atas cake tu tak cantik. tu yang aku tak puass hati sgt2, kena mahir kan lagi . Thanks kepada first customer aku sbb percaya kat aku utk buat besday cake anak dia .

*AkuBudakBaruBelajar*

Friday 6 April 2012

Behind The Scenes (SWISS ROLL)

Haiiii blogger , last week aku tersangat la busy , settle kan project kami THE LONGEST SWISS ROLL IN MALAYSIA , untuk memecahkan MALAYSIA BOOK OF RECORDS . Disebalik tabir punye gambaaa akan di post :)



khusyuk buat keje =..=




with my classmates n lecturer yang sporting Puan Marlina :)




sedang ukur meja untuk event 5 april 2012 :)




Discuss sedikit bersama puan .




our crew our classmates :)


Sunday 25 March 2012

SATU HARI nanti kau akan
MENANGIS untuk aku
seperti aku menangis
untuk kau,

SATU HARI nanti kau akan
MERINDUI aku seperti aku
merindui kau,

SATU HARI nanti kau akan
MEMERLUKAN aku seperti
aku memerlukan kau,

SATU HARI nanti kau akan
MENCINTAI aku TAPI aku
tak mungkin mencintai lagi

Allah selalu ada untukku,
untukmu, dan untuk kita
semua ~ Alhamdulillah! :)
 

Tuesday 13 March 2012

Carilah LELAKI yang mampu menjadi IMAM untukmu.
Yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya.
Lelaki yang membangunkanmu untuk BERIBADAT bersama-sama di sepertiga malam..

Seorang lelaki yang baik, dia pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik.. ♥
Bukan menghanyutkan (◠‿◠)

Jika pencarian itu telah engkau temui, jangan lupa bersyukur kepada-Nya. Jadilah PERMAISURI hatinya, peneman dikala SUKA dan DUKA, pengubat RINDU dan LARA. InsyaALLAH :)



*copypaste*

Sunday 11 March 2012

11.03.2012

Selamat bertunang buat cinta hatiku yg tak kesampaian . 2 kali kau tinggalkan aku , tolong jgn cari aku balik,  i'm begging you . Jangan pernah bagi harapan untuk aku lagi. Janji kau selama ni mcm sampah ! terima kasih byk2 .

Wednesday 7 March 2012

Kasih

Aku wanita yg menagih kasih pada si adam yg akan menjadi milik org , bodoh ke aku ? cinta mati aku dgn dia , tp kenapa dgn dia ? mmg aku terasa bodoh , hati aku tak dpt berpisah dgn hati si adam , pernah ditinggalkan dan dia dtg balik ,tp kenapa ? kau nak tunang dah wei! Ya Allah jika dia mmg jodoh aku kau satu kan lah hati kami, jgn la kau pisahkan hati kami, aku terseksa .

Thursday 23 February 2012

Terluka

Assalamualaikum :)

Bercakap tanpa berfikir boleh membuatkan aku sakit hati dengan mereka mereka mereka. Aku tak faham dengan manusia yang bernama KAWAN, berkawan salah tak berkawan pun salah, takkan aku nak jadi katak bawah tempurung ? hidup tanpa kawan, nak mampuihhh apaa.  serius KAWAN tu penting dalam hidup , peneman suka dan duka. But susah nak cari kawan yg betul2 namanya KAWAN . i'm not perfect too , but i'm trying to be perfect .

Dear kawan , aiilepiuuuu olllsssss oke, gaduh manja2 biase la tuh , kalau tak nak gaduh2 p kawan dengan berukk . wakakka. oke tak nak lebih2 nanti aku kena hentam balik! haha . bubyee :)


Wednesday 1 February 2012

past is past !

you are my past , then good bye !
now find my future ;)
welcome dear !

Saturday 14 January 2012

:')

Wahai wanita kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.


Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah...




suhaila supa'at

Tuesday 10 January 2012

MALACCA !

ASSALAMMUALAIKUM

update MALACCA ! yeeeaahh . last week aku and member2 melancong ke melaka , fuhhh melancong tu beb , pergi tanpa planning tauu.dah la aku sorang girl dlm keta tu asyk kena buli je dgn jembalang 3 ekor tu paan , black and ejad . classmate lain ade jgk tp kami pergi tak saing pun , sampai 3 kereta hoi pergi. seriusly besttt !
nahh ni gamba yg di snap . act mmg byk kot , aku post gamba yg terbaik jee :)



here we are !


sampai je melaka terus call my cousin ajak jumpe . rindu !




layan otak gile bebudak terencat !




ade gaya mcm pelancong dari oversea tak ? jeng jeng jeng .




kami mmg suke bergamba oke =..=




di atas puncak A'Famosa :)


nak jadi model katanya , euuuww pendek mcm ni . haha



mereka yang gile2 ! 



our first photografer TENGKU MOHD SHAHRIR ROHAIZAD




our second photographer MOHD ANWAR HADI

by suhaila supa'at

Monday 2 January 2012

Wanita ..

Lembut wanita kerana senyumannya,
Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Pendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah......