Saturday 14 January 2012

:')

Wahai wanita kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.


Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah...




suhaila supa'at

Tuesday 10 January 2012

MALACCA !

ASSALAMMUALAIKUM

update MALACCA ! yeeeaahh . last week aku and member2 melancong ke melaka , fuhhh melancong tu beb , pergi tanpa planning tauu.dah la aku sorang girl dlm keta tu asyk kena buli je dgn jembalang 3 ekor tu paan , black and ejad . classmate lain ade jgk tp kami pergi tak saing pun , sampai 3 kereta hoi pergi. seriusly besttt !
nahh ni gamba yg di snap . act mmg byk kot , aku post gamba yg terbaik jee :)



here we are !


sampai je melaka terus call my cousin ajak jumpe . rindu !




layan otak gile bebudak terencat !




ade gaya mcm pelancong dari oversea tak ? jeng jeng jeng .




kami mmg suke bergamba oke =..=




di atas puncak A'Famosa :)


nak jadi model katanya , euuuww pendek mcm ni . haha



mereka yang gile2 ! 



our first photografer TENGKU MOHD SHAHRIR ROHAIZAD




our second photographer MOHD ANWAR HADI

by suhaila supa'at

Monday 2 January 2012

Wanita ..

Lembut wanita kerana senyumannya,
Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Pendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah......